Sofyank shoot dengan Chris Hemsworth
Kredit Sofyank Twitter

“Doakan Saya Tak Gagap,” Sofyank Kongsi Bakal “Shoot” Video Dengan Chris Hemsworth

“Doakan Saya Tak Gagap,” Sofyank Kongsi Bakal “Shoot” Video Dengan Chris Hemsworth

Sofyank dilaporkan bakal bekerjasama dengan bintang Hollywood, Chris Hemsworth dan Sam Hargrave menerusi video kesan khas terbarunya dalam masa terdekat.

Berita gembira itu diumumkan sendiri Sofyank menerusi ciapan terbaru di akaun Twitter miliknya pada hari ini.

Menurut Sofyank, pada hari ini bersamaan 6 Jun, beliau akan menjalani penggambaran bersama dua bintang Hollywood terkenal itu.

“Bismillah, jawapan untuk video hari tu adalah Chris! InsyaAllah kejap lagi kalau tiada halangan, saya akan shoot 1 video effect bersama dengan Chris Hemsworth dan juga Sam Hargrave.

“Kali ini sangat nervous sebab akan shoot dengan mereka berdua sekali gus. Doakan saya tidak gagap,” tulis Sofyank di Twitter.

Terdahulu, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah pernah memuat naik sebuah video yang memaparkan video kesan khas.

Video itu memaparkan Sofyank cuba memberi ‘hint’ berdasarkan patung arca yang menunjukkan seorang lelaki dalam siri yang bakal ditayangkan di Netflix.

Menurut Sofyank, beliau bakal pergi ke Manila, Filipina untuk melakukan penggambaran video kesan khas bersama pelakon tersebut.

Sofyank “Up” Video Terbaru, Menyelit “Join” Masuk Polis Evo 3

Sofyank muat naik video terbaru yang memaparkan kesan khas adegan Polis Evo 3 yang menampilkan dua bintang utama filem itu iaitu Zizan Razak dan Shaheizy Sam.

Muat naik video itu dengan pantas kemudiannya menjadi bualan hangat peminat filem aksi hebat tersebut.

Berdasarkan video terbaru itu, aksi bermula sewaktu Sofyank mahu menonton tayangan perdana Polis Evo 3. Adegan dimulakan Zizan bersama Sam cuba memotong wayar bom.

Zizan kemudiannya meminta Sofyank yang berada di atas kerusi di ruang tamu untuk memberikan pemotong wayar.

Yang lebih menarik, adegan itu turut menunjukkan Sofyank menggunakan bahasa Kelantan berbalas dialog dengan Zizan.

“Hei, tolong ambil pemotong wayar,” kata Zizan dalam adegan itu.

“Kito tak tau,” balas Sofyank pula.

“Pemotong wayar, playar, playar,” kata Zizan lagi.

“Hoh kejap, meta, meta,” balas Sofyank lagi.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Video itu kemudiannya memaparkan Sofyank pergi mengambil playar dan memberikannya kepada Zizan yang berada di dalam televisyen.

Video menjadi lebih menarik selepas Zizan yang ragu-ragu untuk memotong wayar bom telah menyebabkan Sofyank masuk ke dalam TV bagi membantu selesaikan masalah tersebut.

Akibat salah memotong wayar, bom akhirnya meletup dan kesan khas yang ditunjukkan menerusi video muat naik Sofyank itu seakan-akan benar-benar terjadi.

Sumber: Twitter via @sofyank96