Tiada Kategori

DKSH Malaysia Lancar Produk Sapuan Mentega Dan Mentega Kacang Pelbagai Variasi

Nur Farra

Rakyat Malaysia kini mempunayi pilihan baharu untuk melengkapkan hidangan roti dan pastri di rumah apabila DKSH Malaysia memperkenalkan dua produk sapuan baharu keluaran tempatan; Eva Peanut Butter dan Buttercup Luxury Spread Tub.

Eva Peanut Butter hadir dalam dua variasi, creamy dan crunchy, kaya dengan protein serta diperakui halal, sesuai sebagai pilihan berkhasiat untuk semua lapisan masyarakat. Sementara itu, Buttercup yang sudah lama menjadi pilihan keluarga Malaysia kini tampil dalam format baharu 200 gram tub lebih praktikal dan mesra bajet.

“Sebagai pemilik jenama dan pengedar, tanggungjawab kami ialah memastikan produk harian kekal mampu milik dan mudah dicapai tanpa kompromi pada kualiti. EVA dan Buttercup bukan sekadar sapuan, ia melambangkan kepercayaan dan tradisi rakyat Malaysia yang gemar berkongsi hidangan bersama keluarga,” kata Daniel Schwalb, Naib Presiden FMCG DKSH Malaysia.

Kedua-dua produk ini bukan sekadar memeriahkan pasaran, tetapi turut menegaskan komitmen DKSH dalam memastikan produk mampu milik, berkualiti tinggi, dan mesra rakyat terus mudah didapati di pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.

Menurut Daniel Schwalb, Naib Presiden FMCG DKSH Malaysia:

“Ketika rakyat Malaysia berdepan kos sara hidup yang meningkat, tanggungjawab kami adalah memastikan produk harian kekal berkualiti, mampu milik dan mudah dicapai. Eva dan Buttercup bukan sekadar sapuan, tetapi simbol kepercayaan, kebiasaan, dan tradisi berkongsi hidangan di meja makan keluarga.”

Pelancaran ini juga memperkukuh peranan DKSH yang sudah lebih 102 tahun di Malaysia bertujuan menghubungkan rakyat dengan produk yang tepat, pada masa yang tepat.