Putrajaya, 23 Feb – Dividen bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi tahun 2020 ialah sebanyak 4 peratus.
Hal ini telah diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan mereka sebentar tadi.
Menurut kenyataan tersebut, agihan berkenaan akan melibatkan peruntukan berjumlah RM201.3 juta bagi 4.82 juta pendeposit akaun SSPN.
Sumber: Bernama