Pelakon Bollywood, Aishwarya Rai dan anak perempuannya Aaradhya Bachchan telah discaj dari hospital selepas diuji negatif Covid-19, lapor Indianexpress.
Berita tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh Abhishek Bachchan melalui laman Twitter miliknya.
Abhishek juga berkata bahawa dia dan ayahnya, Amitabh Bachchan masih lagi dalam proses pemulihan dari penyakit tersebut di Hospital Nanavati.
Sebelum ini, Abhishek dan Amitabh telah diuji positif Covid-19 pada 11 Julai serta diikuti oleh Aishwarya dan Aaradhya sehari selepas itu.
Sumber: The Indian Express