SEORANG lagi ahli kerabat diraja telah ditahan pihak berkuasa Arab Saudi dalam komplot rampasan kuasa kerajaan negara teluk itu.
Tangkapan terbaharu itu melibatkan anak kepada adik raja yang juga bekas anggota perisikan tentera, Putera Nayef bin Ahmad.
Sebelum ini, adik lelaki Raja Salman, Ahmed bin Abdulaziz bersama dua anak saudaranya yang juga bekas putera mahkota, Putera Mohammad bin Nayef dan Putera Nawaf bin Nayef.
Dalam satu laporan terkini The New York Times, putera mahkota, Putera Mohammed bin Salman, 34, dikatakan menggunakan sepenuhnya kuasa sebagai ‘de facto ruler’ dalam kerajaan dengan nama ayahnya, Raja Salman.
Akan tetapi, penahanan tersebut menunjukkan sebab baharu tentang bagaimana putera mahkota itu akan mengekang pesaing-pesaing yang berpotensi dalam keluarganya, mencetuskan ketakutan baharu dalam pangkatnya berikutan beberapa orang yang rapat dengan kerabat tersebut.
Selain itu, penahanan tersebut menimbulkan persoalan, sama ada Putera Mohammed bin Salman mungkin takut dengan rampasan kuasa dari kalangan keluarganya sendiri, atau mungkin berusaha untuk menjatuhkan pesaing yang berpotensi ketika dia sedang ‘bersiap sedia’ untuk mewarisi takhta dari ayahnya, Raja Salman, seorang raja yang semakin dimamah usia.
Sumber: The New York Times, House of Saud