Tular di media sosial, seorang pengantin wanita dari Bali dinikahkan tanpa pengantin lelaki selepas keluarganya memutuskan untuk membatalkan perkahwinan mereka sehari sebelum dinikahkan.
Hal ini kerana lelaki itu tiba-tiba membatalkan perkahwinan mereka. Puncanya, pengantin lelaki itu tidak mahu ‘dipinang’ atau tinggal di rumah isterinya selepas berkahwin.
Disebabkan peralatan majlis sudah disediakan, pengantin wanita sekeluarga memutuskan agar majlis akad nikah tetap berlangsung walaupun tanpa suami.
Bapa pengantin wanita berkata, video perkahwinan yang berlangsung tanpa pengantin lelaki seperti yang tular di media sosial itu adalah anaknya. Dia dan keluarganya tidak kisah video itu menjadi tular. Mereka mahu pengalaman pahit ini dijadikan pengajaran buat wanita yang mencari sentana (ketua keluarga).
Bapa kepada pengantin perempuan tersebut menceritakan tentang kronologi sebelum majlis akad nikah itu berlangsung pada 12 Januari 2022 lalu.
Sebelum majlis akad nikah, anaknya dan lelaki itu difahamkan sudah lama bercinta.
Dan, mereka pernah memutuskan hubungan. Namun, semasa lelaki itu meminta untuk bersama kembali, dia dengan tegas bersetuju atas kehendak anaknya untuk nyentana.
Menurut portal kulkulbali, nyentana dalam adat perkahwinan Bali bermaksud, perempuan yang harus meminang lelaki.
Selepas itu, peminangan berjalan dengan baik, sehingga wanita itu hamil. Bagaimanapun, kehamilan itu disambut baik oleh semua pihak termasuk lelaki itu.
Mereka juga menyiapkan diri untuk berkahwin, bermula daripada mencari hari yang baik, membuat gambar pra-perkahwinan sehinggalah menghasilkan surat jemputan perkahwinan.
Dalam kes ini, lelaki itu masih berazam untuk menggembirakan pengantin wanita tersebut.
Bapanya berkata, sebelum lelaki itu membatalkan perkahwinannya dalam pada saat-saat akhir, pihaknya telah menerima penolakan daripada ibu bapa lelaki itu.
Suwardita berkata, pihak mereka menerimanya dengan ikhlas dan tidak mahu memaksa lelaki itu.
Sumber: Tribun News