Seperti yang sedia maklum, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melanjutkan pembayaran saman 80% sehingga 31 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Namun, ramai yang mengeluh terpaksa beratur panjang di Ibu Pejabat Polis dan keadaannya terlalu sesak. Bukan itu sahaja, kalau nak bayar guna atas talian, tahu-tahu lah kalau dah ramai yang masuk mesti laman web akan ‘jem’.
Jadi, SK nak kongsikan satu lagi cara mudah untuk korang selesaikan saman dengan membayar di mesin ATM sahaja. Kali ini, SK nak tunjuk cara bayar guna mesin ATM Maybank menerusi perkongsian Facebook milik Masniza Smize.
“Okay…ni last info aku nak payung, boleh bayar saman kat ATM Maybank. Sila refer step by step ni. Share dengan kawan-kawan yang masih sangkut nk buat pembayaran..sis tak gi usha lah..sape yang ada dekat dengan ATM Maybank boleh try tengok. Cubalah ya mana yang dapat…”
Caranya sangat mudah, korang hanya perlu ikut langkah seperti di bawah.






Sumber: MasNiza Smize