Pasaran mata wang kripto di Afghanistan dilapor mengalami kesan buruk terbesar selepas Taliban menyekat pasaran itu kerana mendakwa ia diklasifikasikan sebagai perjudian dan menyalahi syara’, lapor OCCRP.
Menerusi kajian Chainalysis seperti yang dilapor OCCRP, laporan itu menyatakan kripto di Afghanistan telah menduduki tempat tercorot dan telah jatuh ke bahagian bawah senarai.
“Afghanistan menduduki tempat ke-20 dalam Indeks Penerimaan Kripto 2021 kami, tetapi sejak pengambilan Taliban Ogos lalu ia telah jatuh ke bahagian bawah senarai,” memetik Chainanalysis menerusi OCCRP.
Difahamkan keadaan itu berlaku selepas Taliban mengenakan larangan ke atas mata wang kripto di seluruh Afghanistan seterusnya menangkap beberapa peniaga token digital yang enggan mematuhi arahan.
Walaupun akses internet Afghanistan rendah dan bekalan elektrik tidak begitu sesuai untuk aktiviti kripto, namun pengambilalihan Taliban pada musim panas lalu masih mencetuskan revolusi bagi mata digital yang kecil tersebut.
Peningkatan dalam penggunaan kripto didorong oleh pengecualian Afghanistan daripada sistem kewangan global selepas pejuang Taliban menawan ibu kota Kabul.
Dalam pada masa yang sama, sistem SWIFT yang menyokong urus niaga kewangan antarabangsa turut mengalami kesan yang paling teruk di mana ia telah digantung di negara itu.
Sementara itu Amerika Syarikat (US) juga dilapor membekukan rizab bank pusat Afghanistan sehingga menyebabkan kelumpuhan dalam sektor perbankan tempatan.
Ekoran itu, penduduk Afghanistan tidak dapat menerima kiriman wang daripada saudara mereka di luar negara, bahkan sukar melakukan pemindahan domestik hingga terpaksa berpindah kepada alternatif berasaskan kripto.
Pada Februari lalu, Taliban berkata pihaknya akan mengkaji sama ada mata wang kripto selaras atau tidak dengan amalan kewangan Islam serta menjadikannya sebagai jalan penyelesaian kepada krisis kecairan (liquidity) yang merosakkan.
Walau bagaimanapun, Taliban menyimpulkan bahawa penggunaan mata wang kripto adalah menyalahi syara’ kerana ia dianggap jalan terdekat untuk berjudi.
Analisis Chainanalysis juga menyatakan kemungkinan sebahagian daripada peningkatan kripto di Afghanistan digunakan untuk laundering daripada hasil pengeluaran dadah jenis opioid dan methamphetamine di sana.
Namun tiada bukti kukuh untuk menyokong hipotesis itu.
Sumber: OCCRP