Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun beserta bapanya dipercayai ditembak mati secara tidak sengaja selepas disangka rusa buruan oleh pemburu lain ketika kejadian berlaku.
Lauren Drawdy dan bapanya Kim Drawdy, 30, terbunuh di tempat kejadian selepas ditempat oleh pemburu lain yang turut keluar memburu di lokasi berkenaan.
Kredit Foto: uknewsMenurut jabatan Sumber Asli Negeri, kedua-dua mereka telah meninggal serta merta di tempat kejadian yang berlaku berhampiran bandar Walterboro di Colleton County.
Kejadian ini masih belum jelas bagaimana ianya berlaku sehingga menyebabkan kematian.
Hal ini tidak akan berlaku sekiranya pihak pemburu memakai jaket keselamatan yang dicadangkan keatas pemburu di Amerika Syarikat, namun ianya tidak diwajibkan.
Jurucakap Jabatan Sumber Asli, David Lucas yang menyiasat kejadian tersebut enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian yang berlaku.
Sumber: Independent