Bulan Ramadan ini adalah bulan mulia yang umat Islam perlu ‘menghargai’ ketibaannya setahun sekali.
Pada bulan inilah dikatakan semua syaitan dibelenggu bagi membuka ruang untuk setiap mereka yang berpuasa dapat menjalani ibadah dengan khusyu’.
Namun, di sebalik ‘ketenangan’ Ramadan ini, terdapat segelintir manusia (mungkin) bertopengkan syaitan yang masih tegar menjalankan kerja-kerja jahat, termasuklah perbuatan mencuri.
Perkara ini menimpa seorang pengguna Facebook, Syafiq Ridhwan apabila beliau berkongsi luahannya tentang kes keretanya dipecah masuk pencuri ketika awal pagi, iaitu waktu sahur.
Terkejutkan, bagaimana boleh ada orang jahat sebegini yang berani mengambil kesempatan di kala orang lain sedang berehat?
Mari ikuti kisahnya ini.
Keadaan dalam kereta yang berselerak selepas dipecah masuk dan dipunggah. Gambar: FacebookPukul 5, saya dengar ada orang cuba start kereta berkali-kali. Masa tu ngam pukul 5 saya terjaga. Saya sangkakan jiran sebelah rumah punya kereta (bateri weak) sebab kereta dia jenis Saga lama. Mungkin PKPB ni dia dah mula kerja.
Banyak kali juga bunyi cubaan nak start tapi gagal. Bila saya keluar bilik nak masak sahur, terdengar satu suara orang menjerit marah.
Saya keluar rumah, ada satu akak tergesa-gesa keluar dari rumah dia cakap kereta awak ke ni bang. Of courselah kereta saya kan sebab park depan rumah saya.
Rupanya kawan saya dah kejar dengan ayah dia mamat pecah kereta tu. Tapi tak dapat.
Gambar: FacebookBila kawan saya patah balik, saya jumpa dia. Katanya dia pelik dengar saya start kereta tak boleh, jadi dia keluar rumah dan datang ke arah saya. Bila dia tegur, “Okay tak pik”, mamat tu jawab “Takde apa ni bang”. Member saya pelik, “Abang?” sebab kita bila berborak bahasakan diri pakai nama.
Tak sampai beberapa second, dia bukak pintu dan terus pecut lari.
Barang yang hilang saya tak pasti, sebab tak ingat apa yang saya simpan dalam kereta ni. Tapi harapnya tak ada benda berharga. Report akan dibuat kejap lagi.
Allahu, nak down sangat pun saya rasa dugaan berpisah dengan isteri dan anak anak selama dua bulan ni dah cukup besar. So saya anggap ni dugaan kecil jela. Tapi berdebor juga marah dalam hati.
Doakanlah saya ya. Dugaan/ujian ni moga Allah menjadikan saya orang yang berjiwa besar hendaknya dan menjadikan saya salah seorang mereka yang mendiami Syurga Firdaus.
Terima kasih.
“Kain pelikat belakang tak nak ambil pula, baru ni tiga set. Boleh buat peneman solat taubat,” petikan daripada kapsyen asal di Facebook.Updated Info : Bukan kereta saya sahaja kena, ada satu wak di lorong saya pun, kereta dia kena pecah juga.
Faham, PKP ni semua orang terdesak. Tapi dengan berbuat macam ni tak menjadikan diri kita lebih baik. Pada pemecah kereta tadi dan sesiapa pun ada niat nak pecah kereta, pecah rumah, buat benda jahatlah senang citer, kalau kau scroll dan terbaca penulisan ni, taubatlah.
Untuk warga Taman Mawar, Pasir Gudang dan kawasan sekitanya semua, berhati-hatilah ya.
Sumber: Syafiq Ridhwan