
Disangka Hilang Sedekad, Rangka Ibu Ditemui Dalam Timbunan Sampah Di Rumah
KYOTO — Sekumpulan tukang cuci profesional yang diupah untuk mengemas rumah seorang lelaki Jepun terkejut apabila menjumpai rangka manusia yang dipercayai ibu mangsa yang telah hilang sejak sedekad lalu di dalam rumah.
Memetik South China Morning Post (SCMP), lelaki tersebut tinggal seorang diri di rumah yang terletak di wilayah Kyoto Jepun selepas ibunya menghilangkan diri sekitar 10 tahun lalu.
Manakala bapanya meninggal dunia beberapa tahun kemudian dan kakaknya tidak lagi tinggal di kediaman itu kerana bekerja di tempat lain.
Semasa dia bersedia untuk berpindah ke pekerjaan baharu, lelaki muda itu mengupah sebuah syarikat pembersihan untuk membersihkan empat bilik tidurnya, yang dipanggil rumah sampah.
Akibat bau sampah yang busuk, syarikat pembersihan profesional itu menghantar lapan pekerja dan dijangka menyelesaikannya dalam masa tujuh jam.
Pada awalnya, mereka menyangka ia hanya model tulang namun sebaliknya dan memaklumkan kepada pemilik rumah.
Menurut polis tempatan, siasatan ke atas rangka berkenaan mengesahkan bahawa ia adalah milik ibu lelaki tersebut
Sementara itu, lelaki tersebut yang juga pemilik rumah mendakwa ibunya berkemungkinan meninggal dunia di dalam bilik tanpa pengetahuannya.
Jelasnya, dia sering tidak pulang ke rumah selama berhari-hari tanpa notis dan jarang berkomunikasi.
“Mungkin ibu saya kembali selepas beberapa hari ‘menghilang’ dan tiada sesiapa dalam keluarga yang menyedarinya,” ujarnya.
Tambahan lagi, bau busuk daripada sampah menyebabkan tiada sesiapa yang menyedari kematian wanita itu.
Pada Mac tahun lalu, seorang bapa yang setiap hari mencari anak perempuannya yang hilang sejak 42 tahun lalu meninggal dunia hanya lima hari sebelum mayat anaknya ditemui di dalam sungai
Menurut The Mirror, bapa tersebut, Oscar Jackson yang meninggal dunia pada 18 September lalu telah menghabiskan sisa hidupnya selama hampir setiap hari.
Ia dihabiskan dengan menjelajah dasar sungai, anak sungai malah hutan yang berhampiran untuk mencari jejak anaknya itu.
Sehinggalah pada 23 September lepas iaitu selepas empat dekad, seorang nelayan yang melalui Brule Creek ternampak dua tayar dan bahagian bawah kereta dari atas air .
Sumber: South China Morning Post (SCMP)