Zirafah putih yang terakhir di dunia telah dilengkapi dengan alat pengesan, GPS supaya dapat melindunginya dari pemburu haram.
Menurut laporan, haiwan tersebut berada dalam keadaan terancam kerana ia adalah satu-satunya sepsis betina tatkala anaknya telah dibunuh oleh pemburu haram pada bulan Mac yang lalu. Spesis zirafah jantah putih pula telah dibunuh secara tragis.
Alat pengesan akan berfungsi dengan memberikan isyarat ping setiap jam untuk tahu lokasi haiwan berkenaan.
“Pembunuhan ini merupakan tamparan hebat bagi langkah yang perlu diambil oleh masyarakat untuk memelihara spesies unik dan masyarakat perlulah memberi sokongan berterusan terhadap usaha pemuliharaan,” kata Mohammed Ahmednoor, pengurus Konservasi Komuniti Ishaqbini Hirola dari Kenya.
“Ini adalah kerugian jangka panjang memandangkan kajian dan penyelidikan genetik yang merupakan pelaburan penting ke dalam bidang ini oleh para penyelidik kini telah gagal.”
“Lebih jauh dari ini, zirafah putih menjadi daya tarikan pelancong ke daerah tersebut.”
Warna putih yang menjadikan zirafah ini sangat unik adalah sifat genetik yang dikenali sebagai leucism.
Ia berbeza dengan albino disebabkan oleh pengurangan pelbagai jenis pigmen, bukan hanya melanin.
Warna yang unik menjadikan haiwan tersebut sebagai sasaran bagi pemburu haram yang berdekatan dengan sempadan dengan Somalia. Mereka memburu haiwan tersebut untuk mendapatkan daging dan kulit mereka.
Sumber: Daily Star