Satu kes yang agak ganjil dilaporkan berlaku di sebuah mahkamah Arab Saudi apabila seorang ahli perniagaan sanggup memasukkan nama ibunya ke dalam senarai penjenayah yang didakwa membiayai aktiviti pengganas dengan merasuah seorang pegawai sebanyak 4 juta Riyal (RM4.3 juta).
Lelaki tersebut dilaporkan sanggup berbuat demikian terhadap ibunya gara-gara berlaku satu pertikaian kewangan antara mereka.
“Lebih dari 22 juta Riyal (RM 23 juta) diberikan kepada wanita itu dan dia mula kerap meminta wang daripada lelaki tersebut,” menurut laporan itu.
Pegawai yang menerima rasuah tersebut didakwa merupakan seorang perantara bagi menyerahkan surat kepada pihak berkuasa untuk mengaitkan ibu ahli perniagaan terbabit sebagai penyumbang dana kepada kumpulan pengganas.
Ibunya itu telah dikenal pasti sebagai individu ‘berbahaya’ kepada negara tersebut.
“Ahli perniagaan tersebut walau bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa dia telah memberi rasuah untuk menyebabkan ibunya itu ditahan.
“Pegawai yang didakwa menerima rasuah itu pula mendakwa bahawa kononnya dia hanya menjalankan tanggungjawab undang-undang dan tidak menerima sebarang bayaran untuk berbuat demikian,” lapor akhbar itu.
Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia
Sumber: Sinar harian, Gulf News