Dipercayai Meninggal Dunia Ketika Berbasikal, Lelaki Tak Dikenali Ditemui Tersandar Depan Kilang

Azmil

Sekeping gambar yang tular di media sosial hari ini menunjukkan mangsa yang dipercayai telah meninggal dunia. Dikatakan seorang lelaki dan berbangsa cina tersandar berdekatan sebuah basikal yang didakwa miliknya.

Kejadian dipercayai berlaku di depan sebuah kilang di Kulim pagi tadi. Kelihatan juga dalam gambar tersebut seorang lelaki berpakaian seakan uniform PDRM bersama 2 orang awam. Setakat ini tiada dokumen pengenalan diri dijumpai dan sebab kematian juga tidak diketahui.

Sumber: Penang Kini