Seorang wanita dan dua lelaki ditemui dengan tangan mereka dipotong oleh kartel dadah Mexico yang menuduh mereka mencuri, lapor Daily Mail.
Ketiga-tiga mereka ditemui pada Jumaat lalu di tepi jalan raya di bandar Silao, 20 batu di selatan Leon.
Penduduk tempatan yang panik mengatakan bahawa kumpulan itu dibuang dari kenderaan dengan beg yang berisi tangan mereka yang terputus bersama nota yang ditandatangani oleh kartel yang dianggap paling bahaya tersebut.
Gambar Via Daily Mail“Ini berlaku kepada saya kerana saya pencuri yang tidak menghormati orang yang baik dan rajin.
“Siapa pun yang terus mencuri, ini akan terjadi pada mereka,” kata kenyataan dalam nota tersebut.
Mata mangsa ditutup dan tangan serta kaki mereka diikat bersama untuk mengelakkan mereka melarikan diri.
Gambar Via Daily MailPergelangan tangan mereka juga diikat bagi menghentikan pendarahan.
Pakar perubatan mengambil tangan yang terputus itu dan dimasukkan ke dalam beg ais, dengan harapan dapat menyambungkan semula anggota badan tersebut kerana luka masih segar.
Polis dikatakan telah membuka kertas siasatan dan mengumpulkan bukti ditempat kejadian.
Kartel yang terlibat dianggap sebagai yang kedua terkuat di Mexico dan disenaraikan sebagai organisasi pengganas asing oleh AS.
Sumber: Daily Mail