Dipercayai Akibat Kerja Lebih Masa, Lelaki Temui Ajal Semasa Temuduga

Nurul Alia Ali

Kerja berlebihan bukan sahaja mampu membuatkan prestasi serta kualiti kerja seseorang itu berkurangan tetapi boleh menyebabkan kesihatan merosot.

Seorang pemuda berusia 36 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam sesi temuduga dipercayai sering berjaga malam dan melakukan kerja lebih masa di syarikat sebelum ini dia bekerja.

Pemuda itu dikatakan tiba-tiba pengsan dan tidak sedarkan diri ketika proses temuduga dijalankan. Dia kemudiannya digegaskan ke hospital, namun doktor mengesahkan bahawa dia sudah meninggal dunia.

Keputusan pemeriksaaan awal mendapati, pemuda tersebut sering berjaga malam di tempat kerja yang lama kerana perlu melakukan kerja tambahan yang banyak.

Oleh kerana itu jugalah pemuda tersebut mengambil keputusan untuk menukar pekerjaannya itu.

Tambah doktor lagi, pemuda tersebut meninggal dunia kerana kegagalan organ dalaman berfungsi dengan baik.

Jika pesakit yang mempunyai masalah sakit jantung juga boleh dikaitkan dengan hipertensi serta menyumbang kepada penyakit lain hingga boleh menyebabkan kematian.

Sumber : China press