Diorama Kadbod Ke Portret, Kenali Kuronushi Pelukis Jepun Berbakat
Kuronushi merupakan seorang tukang seni muda dari Jepun yang mahir dalam seni bayangan. Dia telah mencantumkan ratusan cebisan kadbod yang apabila dilihat dari sudut yang berbeza akan menampakkan bayang-bayang yang sangat terperinci.
Anda mungkin pernah melihat seni bayangan, iaitu seni yang menggunakan penyusunan objek yang memancarkan bayangan tertentu.
Tetapi, hasil karya Kuronushi adalah lain daripada yang lain. Dia mencantumkan beratus cebisan kadbod untuk menghasilkan diorama bertema.
Dioramanya itu akan menayangkan seni bayang-bayang apabila cahaya dipancarkan. Tetapi sebenarnya terdapat lebih sesuatu yang lebih menarik daripada pemasangan kadbod yang kelihatan biasa ini.
Apabila Kuronushi memusingkan diorama, bayang-bayang yang terhasil daripadanya akan bertukar kepada potret yang berkenaan.
Contohnya, adegan yang diinspirasikan oleh Wizarding World of Harry Potter yang menampilkan seorang pelajar Hogwarts yang menunggang penyapu dan bulan separa, pemasangan itu juga memaparkan potret Harry Potter sendiri apabila dilihat dari sudut tertentu.
Sama ada anda percaya atau tidak, Kuronushi sebenarnya bukanlah seorang tukang seni yang profesional.
Dia mempunyai syarikat yang dikendalikan sendiri dan hanya mencipta karya seninya sebagai hobi. Idea untuk melakukan seni bayang ini tercetus apabila dia terlihat bayang-bayang anak kecilnya di dinding.
Katanya, bayang-bayang anaknya itu menyerupai sesuatu yang lain. Jadi, dia membuat keputusan untuk membuat semula ‘magik’ itu di rumahnya sendiri menggunakan kadbod dan lampu.
Kuronushi hanya bermula membuat posting video pendek untuk seni bayang-bayangnya yang menakjubkan itu di Instagram pada September tahun ini.
Tetapi, dia sudah mempunyai pengikut seramai 300,000, yang sebenarnya tidak mengejutkan kerana dia amat berbakat.
Sebelum melakukan seni bayang ini, dia pernah memuat naik potret yang amat teliti menggunakan pen. Jadi, anda mungkin boleh menggelarkannya sebagai pelukis multimedia.
Anda yang mempunyai bakat melukis, menulis ataupun mencipta sesuatu sebagai hobi, janganlah rasa takut untuk tunjuk hasil karya anda. Mana tahu, ia boleh mendatangkan hasil lumayan kepada anda.
Sumber: Oddity Central