‘Berjuang’ seorang diri menegakkan kebenaran, seorang wanita Perancis akhirnya pergi ke mahkamah pada Isnin lalu untuk membuktikan kepada kerajaan bahawa dia sebenarnya masih hidup.
Jeanne Pouchain mengambil masa selama tiga tahun untuk sampai ke tahap tersebut setelah dia secara tidak disengajakan dinyatakan sudah mati.
Menurut The Local, ‘kematiannya’ itu telah mengubah hidup wanita yang berusia 58 tahun itu.

Manakan tidak, dia kehilangan kad pengenalan, lesen memandu, akaun bank dan insurans kesihatan.
‘Mimpi buruk’ itu bermula ketika Pouchain menjalankan syarikat pembersihan dan memberhentikan salah seorang pekerjanya pada tahun 2000.
Pekerja itu membuka kes terhadap syarikat pembersihan itu dan mahkamah buruh 2004 memerintahkan Pouchain membayar wanita itu lebih dari $ 17,000 (RM68,773).
Namun, keputusan itu tidak dikuatkuasakan kerana melanggar undang-undang syarikat.

Pekerja itu kemudian cuba menyaman Pouchain secara terus pada tahun 2009 kerana pemecatan yang tidak adil melalui sistem pengadilan pekerjaan Perancis yang disebut Prud’hommes.
Tuntutan saman itu dibawa ke mahkamah undang-undang rayuan dan kali ini setelah hakim diberitahu bahawa Pouchain sudah mati, mereka memerintahkan suami dan anaknya membayar ganti rugi bagi pihaknya .
Pouchain percaya bahawa bekas pekerja itu memalsukan kematiannya untuk menang ganti rugi dengan menyaman ‘warisnya.
Sumber: Forbes