Biasanya kita akan mula mengajar anak-anak kecil untuk berlatih memegang pensel seawal usia empat atau lima tahun. Apabila sudah mahir, pasti mereka akan cuba melukis atau menulis apa-apa sahaja yang terlintas dalam fikiran.
Tapi perasan atau tidak, kadang-kadang kita sudah berikan mereka sehelai kertas kosong tapi langsung tidak diendahkannya. Malah si kecil itu lebih tertarik mahu menconteng pada dinding rumah. Kenapa ya?
Mari ikuti perkongsian oleh seorang pendidik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, Aisyah di bawah ini.
Perkongsian ini telah dikongsi lebih 2,000 kali. Ramai juga netizen yang turut berkongsi tentang kemahiran anak-anak mereka. Salah seorangnya, Reen, memuat naik video rakaman anaknya berusia tiga tahun yang mampu memegang pensel dengan kemas.
Tidak kurang juga, ada yang berkongsi anak buahnya sudah pandai memotong kuku sendiri menggunakan pengetip kuku seawal usia empat tahun.
Ada pula yang berkongsi tentang rakan ketika zaman sekolah dahulu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu bapa di luar sana.
Sumber: Twitter Aisyah