
Pada awal bulan Ramadan haritu kita mendengar kes kehilangan warga emas Ramli Ilong yang berusia 85 tahun. Warga emas ini telah hilang selepas keluar daripada kediaman anaknya di Bandar Sri Damansara ketika bersiap untuk berbuka di masjid berdekatan.
Bagaimanapun, cucunya telah memuat naik status di Twitter bahawa telah polis telah menemui atuknya tapi dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Mangsa dipercayai terjatuh di lereng bukit sekitar Bandar Sri Damansara seminggu lalu dan ditemui orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak polis. Berdasarkan pakaian sewaktu hilang iaitu berbaju Melayu kuning dan berseluar gelap.
Sebaknya, cucu ini berkongsi tentang wajah gembira Atuknya bila berjumpa dengannya. Ya lah kan, kalau kita kehilangan sesuatu yang bernilai dalam hidup kita pasti akan dikenang selamannya. Semoga Allahyarham tenang dan dicucuri rahmatNya.
Sumber: @najmeenazam