gadis hilang pulang selamat
Gambar: BERNAMA

Dilapor Hilang Selepas Keluar Buang Sampah, Gadis Selamat Pulang Ke Rumah

Athirah

Dilapor Hilang Selepas Keluar Buang Sampah, Gadis Selamat Pulang Ke Rumah

Seorang gadis yang dilapor hilang sejak 6 Oktober lepas telah pulang semua ke rumahnya dalam keadaan selamat, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, gadis berusia 20 tahun itu pulang semula ke rumahnya di Taman Temerloh Jaya kira-kira jam 3 pagi, hari ini.

Tambah Mazlan, gadis itu pulang semula sendiri ke pangkuan keluarganya.

“Dengan kepulangan gadis itu menyelesaikan kes kehilangan yang dilaporkan sebelum ini,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Terdahulu, gadis berkenaan dilaporkan hilang selepas keluar membuang sampah di lokasi yang terletak dalam jarak lima meter dari rumahnya.

Bapa gadis kemudian telah membuat laporan kehilangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh sehari kemudian.

BACA: Paraglider Hairan, Nampak Anjing Di Puncak Piramid Giza Ketika Meluncur Di Udara

Sumber: Sinar Harian