
Dilapor Hilang Sejak Isnin, Polis Kesan Raisya Rasyiqah
Polis memohon bantuan orang ramai untuk membantu mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Isnin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, menyatakan bahawa Raisya Rasyiqah Mohd Rashdan, 15, kali terakhir dilihat di Pekan Beranang.
“Remaja itu balik sekolah lewat pada jam 1.40 tengah hari, ibunya telah mencari dan jumpa dia di kawasan Beranang di sini, pada jam 6.40 petang.
“Remaja itu tidak mahu balik dan melarikan diri serta gagal dikesan sehingga kini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut Naazron, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan remaja terbabit pada jam 10.03 malam, Isnin lalu.
“Remaja itu berketinggian 148 sentimeter dengan berat kira-kira 40 kilogram serta berkulit warna sawo matang.
“Raisya Rasyiqah berbadan sederhana, memakai cermin mata, pakaian baju kemeja T kadet polis, seluar sukan biru tua dan bertudung ungu,” katanya.
Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
Selain itu, orang ramai juga boleh berhubung terus dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222.
BACA: Dilapor Hilang Sudah Lapan Bulan, Polis Sahkan Mayat Tanpa Kepala Milik Cikgu Istiqomah
BACA: Penyanyi, Nidza Afham Dilapor Hilang Selepas Keluar Berjogging
BACA: Mayat Ditemui Di Sungai Disahkan Sebagai Nidza Afham – KP Selangor
Sumber: Sinar Harian