
Dilapor Hilang, Mayat Remaja Perempuan Ditemui Tragis
Seorang remaja perempuan bernama Nia Kurnia Sari yang bekerja sebagai penjual makanan telah ditemui maut ditanam setelah dilaporkan hilang selama tiga hari.

Menurut laporan Tribun News, kejadian ini berlaku di Desa Plampangrejo, Kecamatan Cluring, Banyuwangi, Indonesia.
Ketua Polis Daerah Padang Pariaman, AKBP Faisol Amir, mengesahkan bahawa mayat gadis tersebut dijumpai sekitar 500 meter dari rumahnya dan satu kilometer dari lokasi mangsa berniaga.
“Mangsa ditemukan dalam keadaan telanjang,” kata Safri.
Bagaimanapun, mayatnya telah dibawa ke Hospital Bhayangkara bagi proses bedah siasat.
Mangsa, 18, dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar berniaga pada Jumaat lalu.
Ibu bapa mangsa kemudiannya membuat laporan kehilangan anak mereka kepada pihak berkuasa.
“Pencarian remaja berkenaan dilakukan sehingga Ahad kira-kira jam 4 petang (waktu tempatan)
“Dalam pada itu, pihak berkuasa turut menemukan barang bukti seperti sandal, barang jualan, kain tudung di tempat kejadian, di mana mangsa dijumpai tertimbus,” kata Faisol lagi.
Salah seorang saksi yang merupakan jiran mangsa memberitahu bahawa mayat mangsa ditemui tertimbus dalam tanah.
Pada masa itu, terdapat kira-kira 200 penduduk sedang mencari mangsa.
“Pada awalnya, seorang kanak-kanak menemukan tali rafia dan cuba menariknya.
“Kemudian, tangan mangsa kelihatan terkeluar dari tanah,” ujar saksi seperti dilapor Tribun News.

Tambahnya, penemuan itu dimaklumkan kepada penduduk yang sedang melakukan pencarian.
Selepas usaha penggalian dilakukan, mereka menemui mayat mangsa dalam keadaan bogel.
“Remaja berkenaan ditanam dalam keadaan tangannya diikat,” tambah Safri.
Menurut Tribun News lagi, ibu mangsa seperti histeria apabila melihat mayat anak perempuannya yang tidak berpakaian, malah kelihatan sangat sedih sehingga pengsan.
Sebelum dilaporkan hilang, mangsa dilihat memakai kemeja-T dan seluar berwarna hitam.
BACA: Blogger Terkenal & Pengendali “Malaysia Today”, Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia
BACA: Ular Sawa Gergasi ‘Muncul’ Melingkar Atas Siling Rumah
BACA: Bekas Pegawai Tentera Laut Ditahan, Didakwa Menyamar Jadi ‘Doktor Palsu’
Sumber: Tribun News