Melalui laman Facebook rasmi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi peringatan kepada orang awam agar tidak tertipu dengan emel palsu yang menggunakan nama KKM.
Tangkapan skrin yang dimuatnaik KKM menunjukkan pihak tak bertanggungjawab bertindak menghantar emel sebagai ‘MOH Alert Team’. Emel palsu tersebut mengarahkan penerima untuk mengesahkan temujanji vaksin.
Gambar via KKMTurut disertakan sebuah pautan yang perlu diklik oleh penerima untuk pengesahan palsu tersebut.
Dalam hantaran yang sama, turut dimaklumkan bahawa pihak KKM tidak menghantar sebarang emel kepada orang ramai menggunakan alamat helpdesk@mohmalaysia.com.
Sekiranya ada menerima emel daripada helpdesk@mohmalaysia.com, anda dinasihatkan supaya tidak menjawab (reply) atau memadam terus emel tersebut kerana ia dikhuatiri spam.
Sumber: KKM