Dijangka Catat Kenaikan Mingguan 10 Peratus, Harga Bitcoin Terus Kukuh
Harga Bitcoin terus mengukuh pada Jumaat, berada di landasan untuk mencatatkan kenaikan mingguan selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengambil pendekatan terhadap keredaan tarif perdagangan.
Pada jam 4:39 petang semalam, Bitcoin mencatat kenaikan sebanyak 1.8 peratus kepada $94,484.0.
Aset kripto terbesar dunia itu dijangka melonjak hampir 10 peratus sepanjang minggu ini selepas melepasi paras $94,000 pada hari Rabu, sekali gus mencapai tahap tertingginya sejak awal Mac.
Lonjakan pada hari Rabu berlaku selepas Presiden Trump menarik balik ancaman untuk memecat Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell.
Trump turut memberi isyarat tentang kemungkinan pelonggaran tarif perdagangan dengan China, sementara laporan media mendedahkan bahawa Jepun dan AS dijangka memulakan pusingan kedua rundingan tarif dari 30 April hingga 2 Mei.
Namun begitu, China pada Khamis menyatakan bahawa tiada perbincangan perdagangan yang berlangsung dengan Washington, sekali gus bercanggah dengan kenyataan berulang kerajaan AS bahawa rundingan sedang diadakan.
Trump bagaimanapun menegaskan bahawa rundingan perdagangan dengan China masih berjalan.
Dalam perkembangan terbaharu, laporan Bloomberg pada hari Jumaat memetik bahawa kerajaan China sedang mempertimbangkan pengecualian tarif import sebanyak 125 peratus terhadap beberapa barangan dari AS.
Berikutan itu, kewaspadaan para pelabur beri isyarat bercampur mengenai potensi rundingan tarif antara AS dan China, yang menyebabkan pergerakan harga kekal dalam julat sempit sepanjang dua sesi dagangan sebelumnya.
Harga Bitcoin Mungkin Capai $2.4 Juta Menjelang 2030
Sementara itu, Firma pelaburan ARK Invest meramalkan harga mata wang kripto itu berkemungkinan, mencapai harga setinggi $2.4 juta menjelang tahun 2030.
Unjuran baharu ini mewakili kenaikan 60 peratus daripada anggaran yang dibuat pada Januari 2024, dengan kadar pertumbuhan tahunan gabungan dijangka mencecah 72 peratus sejak akhir tahun lalu.
Dalam pada itu, sebahagian besar mata wang kripto lain turut mencatatkan lonjakan di tengah ketegangan perdagangan global yang mula reda.
Ethereum, mata wang kripto kedua terbesar dunia, naik kurang daripada 1 peratus kepada $1,773.71. XRP kekal hampir tidak berubah pada $2.19. Solana meningkat 3 peratus, manakala Cardano naik 1.3 peratus dan Polygon pula menjunam hampir 8 peratus.
Sumber: Id investing