lelaki dikhuatiri lemas
Gambar: Kosmo!

Dihanyut Arus Deras Ketika Memancing, Lelaki Dikhuatiri Lemas

Iqbal Yasir

Dihanyutkan arus deras ketika memancing, seorang lelaki dikhuatiri lemas di kawasan loji air Semantan di Kampung Lengkong, Bentong semalam, lapor Kosmo!.

Memetik laporan Kosmo! mangsa, Amiruddin Asyraf Mat Saman, 26 tahun difahamkan terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan oleh arus deras sewaktu keluar memancing bersama seorang rakannya dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, operasi pencarian giat dilakukan selepas pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.22 petang semalam.

“Operasi pencarian diteruskan hari ini dan setakat ini mangsa yang dipercayai dihanyutkan arus masih belum ditemukan.

“Operasi menyelamat yang turut disertai oleh bomba bersama pihak polis dan juga penduduk kampung hari ini membuat pencarian sehingga dua kilometer daripada lokasi mangsa terjatuh,” jelasnya menerusi Kosmo!

Sumber: Kosmo!