Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan berkaitan kematian ibu seorang individu yang tersebar melalui akaun Telegram.
Difahamkan, menurut penjelasan anak arwah menerusi kenyataan KKM, punca kematian wanita tersebut seperti yang didakwa Telegram itu adalah tidak benar sama sekali.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berkenaan maklumat palsu yang tular di media sosial Telegram baru-baru ini. Berikut adalah penjelasan daripada waris,” tulisnya.
Menurut kenyataan anak kepada wanita tersebut, punca ibunya meninggal dunia adalah disebabkan oleh tindak balas ubat pelali (anaesthesia) yang diberi sebelum prosedur intubasi.
Menurutnya lagi, ibu beliau telah menggunakan kerusia roda sejak sebelum munculnya Covid-19.
KKM juga menyarankan orang ramai untuk tidak meneruskan penyebaran maklumat palsu ini.
Dalam perkongsian itu, KKM turut memuat naik tangkap layar luahan individu tersebut yang dipercayai berasa kesal dengan tindakan pihak Telegram yang disyaki membuat tuduhan tidak berasas mengenai arwah ibunya.
**nota: nama dan wajah Allahyarhamah dikaburkan kerana mahu menjaga sensitiviti.
Gambar via KKM
Gambar via KKM
Gambar via KKM
Gambar via KKMSumber: KKM