
Kes pembuangan bayi seperti sudah tidak asing lagi di negara ini. Di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, bayi yang tidak berdosa masih terus manjdi mangsa.
Lebih menyedihkan perbuatan terkutuk ini berlaku pada bulan yang mulia. Di manakah sifat belas ihsan dalam diri seorang ibu yang seharusnya melindungi anak yang dilahirkan.
Seperti perkongsian yang tular di media sosial mengenai seorang bayi cukup sifat yang ditinggalkan oleh sepasang pasangan di Bukit Dinding, Kuala Lumpur.
Menurut seorang individu, bayi tersebut dibuang berhampiran rumahnya sebelum dijumpai oleh penduduk setempat yang bertindak menghubungi pihak polis.
Lebih tragis, bayi comel yang diletakkan di dalam sebuah beg itu, sudah berada dalam keadaan tidak bernyawa ketika ditemui.
Aku dapat gambar ni dari group whatsapp.
Ada orang buang baby ni kat Bukit Dinding. Dekat kedai air kelapa pekaki uturn. Dekat sangat dengan rumah aku.
Katanya ada saksi nampak ada couple tinggalkan beg ni kat situ. Baby tu dah meninggal.

Individu tersebut juga tidak menolak kemungkinan ibu bapa kepada bayi malang itu tinggal tidak jauh dari situ kerana kawalan polis di waktu PKP.
Malah ujarnya, terdapat klinik bersalin di kawasan berhampiran.

Hopefully polis boleh tangkap mak bapak baby ni.
Kat Wangsa Maju ni ada klinik bersalin. Tu yang paling dekat. Musim PKP ni aku tak rasa mak bapak dia duduk jauh dari sini.
Kalau tengok dari cara bedung, rasanya baby ni dari hospital terus dibuang. Kalau mak yang baru bersalin jarang dapat bedung baby sekemas tu. Tu cara bedung yang nurse hospital biasa buat.
Diharapkan pelaku dapat dijumpai dengan segera dan dijatuhi hukuman yang setimpalnya atas perbuatan yang tidak beperikemanusiaan ini.
Sumber: Twitter