Dibadai Ribut, 9 Helikopter Tentera Amerika ‘Tergolek’ Atas Landasan
Sembilan helikopter milik Tentera Laut Amerikia Syarikat yang ditempatkan di Markas Tentera Laut Virgina, Norfolk rosak selepas dibadai ribut kuat Selasa lepas.
Ribut kuat itu telah menyebabkan helikopter-helikopter berkenaan terbalik dan mengalami kerosakan pada beberapa bahagian, terutamanya pada bahagian bilah kipas.
Pesawat yang rosak termasuk MH-60 Seahawk dan MH-53E Sea Dragon, menurut Tentera Laut.
“Kami mengesahkan bahawa sembilan helikopter yang terletak di Naval Station Norfolk Chamber Fied mengalami kerosakan semasa berada di dek lapangan terbang berikutan tiupan angin ribut yang berlaku di kawasan itu pada 26 Julai.
“Kerosakan yang diketahui adalah seperti ekor yang patah dan bilah pemutar hingga ke struktur pada kerangka pesawat.
”Tiada kakitangan yang cedera semasa ribut, dan Navy sedang meneliti tahap kerosakan yang berlaku. Tiada kesan buruk yang berlaku kepada operasi pasukan akibat dari insiden ini,” kata Tentera Udara Laut Atlantic kepada Navy Times pada hari Rabu.
WAVY News, wartawan tempatan NBC, melaporkan amaran ribut petir yang teruk dikeluarkan bagi wilayah Norfolk pada Selasa pukul 3.30 petang. Laporan menyebut kelajuan angin mencecah sehingga 60 batu sejam.
Insiden itu berlaku tidak sampai sebulan selepas kejadian jet Navy F/A-18 Super Hornet “terbang ke laut” dari kapal pengangkut pesawat Harry S. Truman di Laut Mediteranean.
Jurucakap berkata hujan lebat dan angin kencang sebagai punca utama dan masih menyiasat lanjut mengenai kemalangan itu.
Sumber:NavyTimes