Dalam usaha untuk menyatukan manusia bersama, seorang lelaki tidak pernah menurunkan tangannya selama beberapa dekad dan tidak merancang untuk menurunkannya.
Amar Bharati telah mengangkat tangannya selama lebih 45 tahun, dan dia juga tidak mempunyai perancangan untuk menurunkannya atas dasar kesetiaan kepada pegangannya.
Cerita berkenaan lelaki ini tular selepas satu gambarnya tersebar dilihat teguh berdiri dengan tangannya yang diletakkan ke atas sambil menggegam ibu jari pada tahun 1970-an.
Dia terdahulu merupakan seorang pekerja di bank dan mempunyai seorang isteri serta tiga orang anak.
Tetapi pada tahun 1973 dia telah mengambil keputusan untuk tinggalkan hidupnya itu bagi menjaga keamanan dunia.
Dia telah membuat keputusan untuk mengabdikan dirinya kepada dewa Hindu iaitu Dewa Shiva, dan dia akhirnya melakukan posisi tersebut bagi menunjukkan rasa taatnya pada dewa tersebut.
Dia menghabiskan dua tahun pertama dalam kesakitan, tetapi keperitannya beransur kurang selepas itu sehinggalah kini dia sudah tidak merasakan apa-apa.
Sumber: Daily Star