Seorang ibu telah di tangkap oleh pihak polis selepas dia didapati menikam bayinya yang berusia lima bulan pada malam Jumaat yang lalu.
Wanita yang berusia 26 tahun tersebut telah didakwa berikutan dengan insiden yang mengambil tempat di sebuah rumah di Penns Grive, New Jersey, menurut pendakwa raya di Amerika Syarikat.
Pihak polis bergegas pergi ke tempat kejadian selepas seorang operator yang menjawab panggilan kecemasan mendengar ‘bunyi yang tidak menyenangkan’ ketika menerima panggilan kecemasan 911 dari tempat kejadian, lapor New York Post.
Ketika penyiasat sampai di rumah tersebut, mereka mendapati bayi tersebut sudah meninggal dunia dan ibunya sedang bergaduh dengan seseorang, kata pendakwa raya dari Pejabat Salem County.
Kesan tikaman dapat dilihat dengan jelas pada bahagian dada bayi tersebut dan beberapa pisau telah dijumpai di kawasan kejadian oleh pihak berkuasa.
Tambahnya lagi, suspek kelihatan seperti seorang ibu yang baik tetapi dikatakan menghidapi kemurungan selepas bersalin.
Sumber: Daily Star