“Dia Selalu Sediakan Makanan Bila….” Petugas Kebersihan Kongsi Kisah Kebaikan Glenn Fredly

Sofea

Berita pemergian penyanyi Indonesia, Glenn Fredly yang dilaporkan meninggal dunia kerana meningitis mengejutkan peminatnya bukan sahaja di Indonesia malahan di Malaysia juga.

Beliau yang popular dengan lagu ‘Januari’ itu meninggal dunia pada usia 44 tahun di Hospital Setia Mitra, Jakarta Selatan.

Selepas sehari pemergiannya, pelbagai kisah menarik yang diceritakan oleh orang sekeliling mengenai kebaikannya.

Seorang petugas kebersihan di perumahan tempat tinggal Glenn mendedahkan sifat sebenar mendiang yang dianggapnya sebagai individu yang menyenangkan dan ramah bertegur sapa jika mereka bertemu.

Petugas kebersihan yang dikenali sebagai Muharram itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan Glenn Fredly adalah sekitar sebulan yang lalu.

Baginya, kebaikan Glenn tidak mudah untuk dilupakan. Walaupun berbeza agama, Glenn dikatakan suka menyediakan makanan pada hari raya Aidilfitri.

Gambar: Tribunnews

Selain daripada Muharram, seorang lelaki bernama Awang juga berkongsikan kisah yang sama ketika riwayat Glenn, dia turut mendapat pemberian daripada penyanyi tersebut.

Walau bagaimanapun, dia sangat terkejut dan sedih menerima berita pemergian insan yang baik hati itu.

Sumber: Tribun News