Tidak cukup jika hanya memiliki wajah yang cantik atau tampan. Tetapi keperibadian seseorang itu yang mencerminkan diri sebenar. Jika sudah dibentuk dengan akhlak yang baik, maka akan terpancarlah dari segi perilaku dan perbuatan.
Seperti perkongsian oleh seorang pensyarah sebuah kolej mengenai kebaikan hati pelajarnya ini yang menjadi tular di laman sosial. Jelas Nik Rizal Wan Ismail, beliau yang terharu ketika itu mengambil gambar tersebut secara spontan apabila melihat pelajarnya memberikan makanan kepada seorang warga emas yang dipercayai gelandangan di kawasan tersebut.
Ramai yang mungkin bertindak untuk tidak ambil peduli, tetapi gadis ini dilihat tidak kekok untuk turut serta duduk bersama di atas lantai, menemani warga emas itu makan sambil memberikannya ubat-ubatan.
Mungkin ini hanya secebis kisah masyarakat namun jika diambil dari sudut positif bukankah ia satu perilaku yang baik untuk disebar dan dicontohi oleh semua? Ikuti perkongsian beliau seperti di bawah.
Saya snap gambar ini secara diam-diam.
Gambar : Nik Rizal Wan IsmailPelajar ini sangat mulia hatinya, sanggup memberikan makanan nya kepada seorang makcik yang geladangan. Bukan itu sahaja, malah membantu makcik ini untuk mengabil ubat-ubatan. Semoga niat suci pelajar KOLEJ KOMUNITI PASIR MAS Kolej Komuniti Pasir Mas ini diredhoi Allah.
Gambar : Nik Rizal Wan IsmailPelajar tersebut bernama Siti Anisha binti Zuhaimi, pelajar semester 2, sijil Pengoperasian perniagaan, kolej Komuniti pasir mas, Kelantan. Moment ini berlaku di hadapan kolej, waktu makan tengah hari. Pelajar ini sangat simpati kepada makcik ni yang mengadu lapar. Lalu dia memberikan makanan dia kepada makcik tersebut.
Rata-rata netizen di ruangan komen turut terharu dengan kemuliaan hati gadis itu. Moga Allah membalas kebaikan hatimu wahai anak muda.
Bagi dia borang nikah kahwin dengan saya

Semoga kamu diberkati dik

Semoga menjadi contoh kepada remaja lain
Semoga Allah memudahkan setiap langkahmu wahai anak
Sumber : Nik Rizal Wan Ismail
Jawatan Kosong Siakapkeli
1. Penulis/Writter
Terbuka untuk fresh graduate lepasan Diploma atau Ijazah
Berumur 26 tahun dan ke bawah
Tiada pengalaman, tunjuk ajar akan diberi
Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik, menguasai bahasa ketiga adalah satu kelebihan
Mempunyai minat dalam bidang penulisan
Berdisiplin, menepati masa dan boleh menyiapkan tugasan dalam yang diberi
Boleh berkerja Shift
2. Video Editor
Terbuka untuk lepasan Diploma atau Ijazah
Berpengalaman dalam bidang video editing
Mempunyai perwatakan menarik
Kreatif
Boleh bekerja berkumpulan
Mahir Adobe Premiere dan Final Cut Pro
3. Pelukis Komik
Terbuka kepada mereka yang kreatif menghasilkan kartun
Kreatif
Boleh bekerja berkumpulan
Berdisiplin, menepati masa dan boleh menyiapkan tugasan dalam yang diberi
4. Internship di Siakapkeli
Bidang dikehendaki Diploma/Ijazah (terbuka sepanjang tahun)
Pengambilan untuk jawatan kosong adalah segera untuk kemasukan Mei 2019, Jika berminat e-mail resume (writter), resume & portfolio (video editor), resume & komik dengan kisah ringkas menarik (Pelukis Komik), hasil karya metilah dihasilkan sendiri ke firdaus@siakapkeli.my, mereka yang terpilih akan dipanggil temuduga.