Gambar: IG Info Bekasi

“Dia Masih Tidak Percaya,” Lelaki Dilapor Cedera Dipukul Jiran Gara-gara Dituduh Curi Wifi

syafiq halim

Seorang lelaki menjadi mangsa ‘amukan’ seorang jiran kerana dipercayai berpunca daripada masalah berkaitan Wifi, lapor Tribunnews.

Kejadian tersebut telah menjadi tular di media sosial terutamanya Instagram dengan video yang memaparkan seorang lelaki memakai topi keledar datang ke rumah mangsa dengan menungganng motosikal.

Ketika tiba di lokasi, dia segera menghentak pagar dengan menggunakan kapak yang dibawanya. Setelah pagar itu terbuka, lelaki berkenaan kemudiannya masuk ke rumah dan terdengar bunyi kecoh dari dalam.

Menurut Tribunnews, mangsa cuba melawan sambil memegang penyapu untuk membela diri. Tetapi, kepalanya cedera akibat perselisihan itu. Mangsa tersebut juga lantas berlari keluar rumah dan meminta tolong dari penduduk setempat.

Walau bagaimanapun, pelakunya sempat melarikan diri dengan meninggalkan motosikal ditunggangnya di hadapan rumah mangsa.

Tambah Tribunnews, mangsa dikatakan dituduh mencuri kata laluan Wifi di rumah milik suspek. Walaupun telah diberitahu bahawa dirinya tidak tahu kata laluan, tetapi pelaku masih tidak mempercayainya.

“Pada mulanya dia menuduh saya mencuri Wifi, walaupun saya persoalkan bagaimana saya mencurinya, kerana saya tidak tahu kata laluannya. Tetapi dia masih tidak mempercayainya dan terus menyerang saya.

Sementara itu, ketua setempat, Sumianto mengatakan bahawa tindakan pelaku didorong oleh balas dendam terhadap masalah yang berlaku sebelumnya.

Mangsa yang cedera terus mendapatkan rawatan dan terus melaporkan kejadian kepada polis. Tindakan ‘penganiayaan’ ini sedang ditangani oleh Polis Cawangan Cikarang.

Sumber: Tribunnews