Setiap pasangan mempunyai kisah sendiri ketika permulaan cinta berputik. Bagi Puan Miya Juna dan suami, perkenalan mereka di Facebook pastinya bakal menjadi kenangan lucu dan manis buat pasangan ini.
Selama setahun memberi balasan ‘thumbs up’ kepada mesej si suami yang cuba mencuri hati, akhirnya mereka berdua ditakdirkan bersama melalui Facebook sebagai perantara.
“Saya like dari 2016-2017. 2018 baru jumpa kenal-kenal dan putuskan mahu dirikan rumah tangga. Feb 2019 bertunang, Jun 2019 kahwin,” kongsinya kepada kami.
Tambahnya, dia terharu dengan kegigihan pemuda berkenaan yang sanggup meredah dua jam perjalanan dari Kunak ke Tawau semata-mata untuk bertemunya di tempat kerja.
Kongsinya, kini mereka telahpun menimang seorang cahaya mata pada awal Ogos lalu.
Jom baca kisah ringkas Puan Miya Juna bersama suaminya di bawah.
Siapa sangka kan?
Dia bagi salam aku kasi jempol.
Salam lagi, ku jempol lagi. Bukan apa, itu ja senang di tekan. Haha soryy sayang.
Last-last jadi suami.
Yaaa begitu la namanya jodoh. Sekarang bertiga sudah kami.
9/8/2020 lahir la anak abah dan umi ni. Anggun Khadijah Binti Mohammad Shamizan Bacho.
Doakan abah umi jadi orang tua yang sabar ikhlas dan redha yaa. Doakan juga Anggun Khadijah jadi anak solehah.
Gambar: Miya Juna
Gambar: Miya Juna
Gambar: Miya JunaSumber: Miya Juna