Kredit: Bernama

Di Malaysia Pun Banyak Tanah Pertanian, Tapi Kenapa Kita Tak Bakar Hutan?

Amira

Di Malaysia Pun Banyak Tanah Pertanian, Tapi Kenapa Kita Tak Bakar Hutan?

Dek jerebu melanda negara, ramai yang mula batuk, demam dan sakit tekak. Bagaikan acara tahunan, kita telah merasa bahana jerebu rentas sempadan berdekad lamanya. Malah, ada ketika bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pernah mencecah 600 pada tahun 1997 dan 500 pada 2005.

Kebanyakan insiden jerebu ini dikaitkan dengan kebakaran hutan dan tanah gambut yang berlaku di rantau Asia Tenggara, terutamanya ketika musim kering. Menurut beberapa kenyataan pihak berkuasa serantau, sebahagian besar kebakaran ini berpunca daripada aktiviti manusia yang ingin membuka tanah secara pantas.

Isu ini memerlukan kerjasama rentas negara yang berterusan dalam usaha memelihara alam sekitar dan kesihatan awam secara menyeluruh.

Malaysia guna pendekatan berbeza

pertanian malaysia
Gambar: FGV Holdings Berhad

Biarpun Malaysia mempunyai banyak tanah pertanian, kita mempunyai regulasi yang lebih ketat. Penanaman sawit misalnya diselia oleh Meja Bulat Sawit Lestari atau Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO).

Malah, antara pengeluar minyak sawit Malaysia yang terlibat dalam pembentukan RSPO ialah FGV Holdings Berhad (FGV). Terbaru, FGV melancarkan Sustainability Framework bagi menyokong agenda kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) negara.

Malah, FGV mengamalkan dasar tiada pembakaran di ladang. Pokok dan pelepah sawit tua yang telah ditebang tidak dibakar, sebaliknya diproses semula untuk menghasilkan bahan bakar alternatif dan makanan haiwan ternakan.

FGV juga antara syarikat pertama di Malaysia menguji lori menggunakan biodiesel B100, sejenis bahan api yang boleh diperbaharui.

Selain memberi penekanan terhadap inisiatif kelestarian sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan FGV terhadap agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), FGV juga terus peka dan proaktif dalam memperkukuh sokongan terhadap potensi industri desa agar dapat diketengahkan ke peringkat global.

Sehubungan itu, FGV menganjurkan Festival FGV 2025 bersempena sambutan Hari Peneroka FELDA 2025, yang akan berlangsung dalam Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) sebuah platform berskala besar yang menghimpunkan komuniti, inovasi, dan aspirasi luar bandar di bawah satu bumbung.

pertanian malaysia
Gambar: FGV Holdings Berhad

“Desaku Mendunia”, Festival FGV Buktikan Industri Desa Mampu Ke Peringkat Global

FGV menganjurkan Festival FGV 2025 bersempena Hari Peneroka FELDA 2025 di Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) dengan tema, “Desaku Mendunia,” menjadi bukti keyakinan dan sokongan FGV terhadap daya juang dan potensi industri desa untuk diketengahkan di peringkat global.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung sepanjang Festival FGV 2025 bermula 30 Julai hingga 3 Ogos ini di MITEC, Kuala Lumpur.

Festival FGV ini bakal menjanjikan pengalaman unik dan merupakan platform bagi memperkasakan peneroka FELDA selain mempamer bagaimana FGV memainkan peranan penting dalam industri sawit negara, menyebar luas kebaikan serta kepelbagaian produk pengguna berasaskan sawit.

Antara aktiviti menarik ialah cabutan bertuah, demonstrasi masakan, promosi jualan dan persembahan artis tempatan.

Bagi aktiviti FGV Hujan Emas, pengunjung perlu mendapatkan sebanyak mungkin baucar emas di dalam booth lutsinar (money pit) yang seterusnya melayakkan mereka menyertai cabutan hadiah utama yang lumayan.

Bagi menyertai aktiviti ini, pengunjung hanya perlu berbelanja minimum RM50 ringgit untuk mendapat peruntukan masa 15 saat di dalam money pit, RM100 untuk 20 saat dan RM150 untuk 25 saat.

Seterusnya, pengunjung juga boleh menyertai permainan Drop & Dapat di mana mereka perlu menjatuhkan bola daripada papan berlubang (peg board). Sebaik bola dijatuhkan, pemain boleh mendapat hadiah berupa baucar bernilai RM1 hingga RM50, baucar AEON dan Touch n Go.

Bagi peminat teh tarik pula dijemput menyaksikan pertandingan Piala Tarik, di mana para pemain akan berentap membuat teh tarik tanpa tumpah.

Orang ramai juga berpeluang menyaksikan roti canai terbang dalam acara Roti Canai Toss off. Bermula dengan pertunjukan oleh profesional, emcee kemudiannya akan menjemput peserta dalam kalangan penonton untuk melakukan aksi serupa dalam masa 30 saat.

Lesung batu bergema

Festival dimeriahkan lagi dengan tumbukan lesung batu dalam acara Lesung Batu Showdown di mana para peserta bersaing untuk menumbuk sambal dalam masa 2 minit. Peserta yang mampu menumbuk paling banyak sambal dalam tempoh itu akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Bagi orang ramai yang tidak dapat menghadiri festival di lokasi, jangan risau. Anda juga berpeluang menyertai peraduan di media sosial rasmi FGV antaranya mengira produk SAJI, meneka jenis masakan berdasarkan jenis bahan disediakan dan meneka produk berdasarkan gambar silhouette yang dipaparkan.

Sepanjang Festival FGV, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik menerusi aktiviti Beli & Menang. Dengan setiap pembelian produk FGV, anda boleh menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah seperti Skuter Elektrik, pakej percutian Felda Travel, Samsung Galaxy Z Flip, Peti Ais Panasonic dan pelbagai hadiah lain yang bernilai melebihi RM100,000.

Jangan lupa singgah di Kedai FGV untuk promosi khas produk seperti minyak masak, beras, krimer dan barangan keperluan harian, serta kunjungi booth Felda Travel bagi mendapatkan tawaran pakej pelancongan pada harga istimewa.

Untuk maklumat lanjut mengenai FGV, para pengunjung dialu-alukan ke Hall 8, MITEC Kuala Lumpur.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif kelestarian yang dilaksanakan oleh FGV, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Reruai Kelestarian di lokasi yang sama sempena Festival FGV 2025.

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi FGV di Facebook, Instagram dan laman web rasmi di sini.