
KUALA LUMPUR, 11 NOVEMBER 2022 – Devialet hari ini mengumumkan ketibaan produk terbaharu mereka, Devialet Mania, pembesar suara pintar mudah alih yang julung-julung kalinya dikeluarkan oleh jenama tersebut. Produk terbaharu ini menjanjikan kualiti bunyi stereo yang mempesonakan dengan kombinasi reka bentuk mewah.
Dicipta khas dengan gabungan teknologi terkini Devialet yang canggih, Devialet Mania kini menetapkan standard tertinggi untuk sistem audio mudah alih. Mania direka dengan gabungan inovasi baharu dan yang sedia ada untuk menghasilkan produk yang mampu menyesuaikan bunyi di mana-mana ruang demi penghasilan audio yang terbaik.
Franck Lebouchard, Ketua Pegawai Eksekutif Devialet, berkata:
“Devialet tidak henti-henti dalam misi kami untuk menyediakan pengalaman audio yang terbaik tidak kira di mana anda berada. Devialet Mania merupakan bukti pencapaian misi tersebut di mana buat pertama kalinya, Devialet memanfaatkan teknologi proprietari kami untuk menghasilkan pembesar suara mudah alih yang lain daripada yang lain. Audio terhebat kini sedia dinikmati.”
PAKAR DALAM METAMORFOSIS: PERINTIS TEKNOLOGI AUDIO TERSUAI UNTUK ANDA
Devialet Mania menampilkan dua teknologi proprietari yang mampu menyampaikan audio 360 darjah untuk menghasilkan pengalaman bunyi yang padat dalam reka bentuk mudah alih.
ASC (Active Stereo Calibration) menggunakan empat mikrofon yang terbina dengan gabungan keupayaan pintar yang dapat menyesuaikan audio dengan keadaan persekitaran. Apabila Mania diletakkan di tengah-tengah bilik, mod stereo 360 darjah akan diaktifkan secara automatik. Jika ia rapat ke dinding, dua pemacu audio belakang akan menguatkan dua pemacu di hadapan untuk menghasilkan pengalaman audio yang berkuasa.
Devialet Mania hadir dengan empat pemacu audio penuh dan dua sub-wufer yang diperkasakan dengan sistem SAM® (Speaker Active Matching) yang digunakan untuk mengeluarkan bunyi stereo yang mantap daripada frekuensi serendah 30Hz hingga frekuensi setinggi 20,000Hz, memaparkan satu lagi pencapaian di dunia kejuruteraan audio oleh pasukan bertaraf dunia Devialet.
Kini, Mania merupakan satu-satunya produk seumpamanya di pasaran yang menawarkan kualiti stereo dan pemetaan akustik masa nyata. Kehadiran teknologi echo-cancellation dan cross-stereo architecture juga dapat memastikan kehebatan audio boleh dinikmati bila-bila dan di mana-mana anda berada.
KEANGGUNAN YANG TERSERLAH
Rangkaian Phantom yang ikonik daripada Devialet telah menginspirasikan reka bentuk sfera Devialet Mania yang disempurnakan lagi dengan fabrik tenunan yang mencerminkan komitmen jenama tersebut untuk merapatkan jurang antara kemewahan dan inovasi teknologi. Dengan ketinggian 170mm dan berat 2.3kg berserta pemegang yang menawan untuk senang dibawa ke mana-mana, Mania tersedia dalam pilihan warna hitam atau kelabu yang direka khas untuk kelihatan menawan di persekitaran dalam atau luar. Harga jualan bagi Mania hitam atau kelabu adalah RM4,490 untuk setiap unit.
Kerjasama jenama ini bersama Paris Opéra juga telah melahirkan rangkaian Mania termasuk keluaran produk edisi Paris Opéra yang hadir dengan kemasan moongold 24-karat dan stesen dok untuk pengecasan pantas hanya pada RM5,490. Stesen dok juga boleh didapati secara berasingan pada harga RM449.
KECANGGIHAN PINTAR
Devialet Mania menyokong Wi-Fi dan Bluetooth 5.0 dan boleh digunakan melalui Spotify Connect dan Airplay 2. Ia menjalankan sistem DOS2 (melalui aplikasi Devialet), ekosistem perisian yang sama seperti Devialet Phantom dan Devialet Dione.
Dengan penarafan kalis air IPX4 berserta bateri yang boleh bertahan selama 10 jam dengan aras bunyi sederhana, Devialet Mania merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menikmati kesempurnaan audio di mana-mana sahaja.
Devialet Mania kini tersedia untuk prapesanan di laman web Atlas Sound & Vision pada harga RM4,490 – RM5,490. Kunjungi bilik pameran Atlas Sound & Vision di The Gardens Mall untuk pengalaman audio yang luar biasa.