Detik ngeri tercetus apabila seorang penerjun udara maut ketika terjun 1,000 kaki di udara untuk membuat persembahan sebelum perlawanan bola sepak di hadapan penonton, lapor The Sun.
Mangsa berusia 55 tahun itu mengambil bahagian dalam pertunjukan aksi profesional terjunan udara sebelum perlawanan di Tennesse berlangsung pada hari Jumaat lalu.
Kejadian berlaku semasa penerjun udara berpengalaman itu sedang membuat persembahan bersama sekumpulan pasukan payung terjun, dikenali Jump TN di Sekolah Tinggi David Crockett di Jonesborough.
Pada asalnya para penerjun ditugaskan untuk ‘memukau’ orang ramai semasa pertandingan persaingan tahunan Washington County antara dua sekolah, Musket Bowl itu berlangsung.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila orang ramai terkejut melihat salah seorang penerjun jadi tidak terkawal di udara sebelum mendarat.
Rakaman ngeri yang ditunjukkan oleh WJHL-TV menunjukkan mangsa berputar di langit sehingga membuatkan penonton menjerit ketakutan.
Difahamkan, mangsa gagal mengawal keadaan dan tidak melaksanakan aksi yang dirancang sebelum merempuh kawasan di belakang stadium yang penuh dengan penonton itu.
Kemudiannya, mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut namun akhirnya disahkan meninggal dunia semasa rawatan.
Insiden itu membuatkan stadium yang dipenuhi orang ramai tersebut terdiam seketika sebelum perlawanan yang pada asalnya ditangguhkan bermula.
Menurut Jump TN, bahan ataupun peralatan yang digunakan mangsa kebanyakannya rosak dan banyak terlibat dalam insiden yang memainkan peranan dalam tragedi itu.
Sumber: The Sun