
Detik-Detik Gempa Di Filipina, Seorang Terkorban Akibat Tembok Runtuh
Hanya 11 hari selepas gempa 6.9 magnitud menggegarkan Filipina, negara itu sekali lagi berdepan dengan gempa kuat pada Jumaat.
Gempa bumi 7.4 magnitud dilaporkan telah menggegarkan Mindanao dan mencetuskan amaran tsunami di negara terbabit.
Malah, Indonesia turut mengeluarkan amaran tsunami di sekitar Sulawesi Utara dan Papua.
Selain itu, orang ramai di Filipina telah berkongsi beberapa video yang menyaksikan detik-detik ketika gempa berlaku.
Menerusi video-video tersebut, orang ramai dilihat sedang melakukan aktiviti harian masing-masing, sebelum dikejutkan dengan gegaran gempa itu.
https://www.facebook.com/reel/24630505553310162
Laporan terkini AFP melaporkan bahawa sekurang-kurangnya seorang telah terkorban dalam bencana terbabit.
Mangsa dikatakan maut ketika berada di kawasan tembok yang runtuh akibat gempa di bandar Mati.
Sumber: Media Sosial