Tujuh Ekor Ikan Paus Orca
Gambar via Daily Mail

Detik Cemas Tujuh Ekor Ikan Paus Orca Serang Kapal Layar Hingga Karam Jadi Viral

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Tujuh ekor ikan paus orca atau paus pembunuh dilaporkan telah menyerang sebuah kapal layar hingga berjaya menyebabkan kapal tersebut karam dalam masa 45 minit di perairan Portugal.

Memetik laporan Daily Mail, anak kapal yang berada dalam ketakutan sempat melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa mereka menggunakan bot kecemasan yang terdapat pada kapal layar tersebut.

Menerusi video yang tular pada 1 November lalu itu memperlihatkan sekumpulan orcas mengelilingi kapal layar yang diberi nama Smousse dan beberapa anak kapal Elliot, Augustin, Roman dan Corentin juga dipercayai berada di atas kapal ketika itu.

Dalam pada itu, menurut salah seorang anak kapal, Augustin berkata, pada awalnya mereka mendengar bunyi gegaran yang kuat di bahagian belakang kapal dan mula tersedar yang mereka dikelilingi oleh haiwan ganas tersebut.

Ketika haiwan itu melakukan serangan, kapal mula retak oleh kerana paus-paus itu memiliki rahang yang sangat kuat hingga menyebabkan kapal layar tersebut berlubang sepanjang 40 kaki dan air mula masuk dan memenuhi ruang kapal.

Disebabkan itu, anak kapal terpaksa melarikan diri dan berkumpul di bahagian atas kapal dan membuat panggilan kecemasan ketika ia mula karam kira-kira 14 batu dari pelabuhan barat Viana do Castelo.

Walau bagaimanapun, kesemua anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diselamatkan oleh bot Sweden dan pasukan dari stesen Viana do Castelo Lifesaving yang tiba tepat pada masanya.

Difahamkan, kapal layar tersebut telah melakukan pelayaran sejak 30 Oktober lalu dari pelabuhan Galicia di A Coruña.

BACA: “Sampai 85% Kena Potong,” 150 Peniaga “Online” Dicari Pihak Tertentu, Ada Kaitan Dengan RM60,000

BACA JUGA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: Daily Mail