Baju tersangkut pada eskalator
Kredit Instagram

Detik Cemas Baju Wanita Tersangkut Pada Eskalator

Syed Faisal Sayed Muhammad

Detik Cemas Baju Wanita Tersangkut Pada Eskalator

Tular baru-baru ini di media sosial Indonesia berkenaan sebuah video yang memaparkan pakaian seorang wanita tersangkut pada sebuah tangga eskalator.

Muat naik video itu telah dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram yang bernama makassar_iinfo.

Hujung baju yang kelihatan seperti jubah labuh telah tersangkut pada eskalator

Berdasarkan muat naik video tersebut, wanita tersebut dipercayai sedang memakai pakaian jubah labuh berwarna hijau buah zaitun di sebuah eskalator.

Disebabkan jubah yang labuh, hujung bajunya itu kemudiannya telah tersangkut pada eskalator berkenaan.

Kredit Instagram

Menerusi video itu lagi, berkat pertolongan beberapa orang lelaki di tempat kejadian, pakaian wanita itu akhirnya telah berjaya ditarik keluar dari eskalator berkenaan.

Kredit Instagram

“Hati-hati kalau pakai baju atau skirt labuh di eskalator, jangan sampai tersangkut macam perempuan ini,” tulis kapsyen muat naik video tersebut di Instagram.

Sehingga artikel ini ditulis, masih tidak diketahui di mana lokasi sebenar dan bila kejadian tersebut dilaporkan berlaku.

Walau bagaimanapun, kejadian cemas itu dipercayai berlaku di Indonesia berdasarkan dialek yang dituturkan.

Muat naik video perkongsian itu kemudiannya telah tular dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut. Mereka juga sempat meninggalkan komen mereka berkenaan video tersebut.

BACA: “Surat Ni Tak Boleh Buka,” Lelaki Ajar Cara Daftar Nama Anak “Step By Step” Di JPN

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Boleh untuk memakai baju labuh, tapi yang penting kena lebih berhati-hati,” tulis seorang netizen.

“Minggu lepas saya juga kena macam ini. Tapi nasib baik saya boleh menariknya sendiri,” tulis seorang lagi netizen yang mengalami pengalaman yang sama.

“Bukan salah baju tapi salah pemakainya. Kadang-kadang saya pakai skirt/dress labuh ke mana-mana tapi saya akan lebih berhati-hati. Selalu menggunakan eskalator akan saya angkat kaki,” tulis seorang lagi netizen yang memberi nasihat agar pemakai baju jenis begitu untuk lebih berhati-hati.

Sumber: Instagram/makassar_iinfo