
DESCENTE, jenama terkemuka yang terkenal dengan pakaian sukan berprestasi tinggi, telah memasuki pasaran Asia Tenggara dengan pembukaan kedai pertamanya di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
Ditubuhkan pada tahun 1930-an dengan tumpuan awal pada pakaian ski, DESCENTE telah berkembang menjadi jenama global yang melambangkan ‘kecantikan yang berfungsi’. Jenama ini menawarkan pakaian sukan yang direka dengan teliti untuk kecergasan, berlari, berbasikal, sukan golf dan ski.
Setiap rekaan dibuat dengan teknologi canggih dan ciri-ciri inovatif untuk memenuhi permintaan atlet yang menuju kecemerlangan. Reka bentuk DESCENTE memastikan prestasi fizikal dan keyakinan mental sambil tampak bergaya.
“Design That Moves”
Nama jenama “Descente” berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud “downhill” atau “menurun bukit”. Logo anak panah DESCENTE – dikenali sebagai “Spirit Mark” – mewakili teknik asas ski yang merangkumi “schuss”, “traverse”, dan “sideslip”.
Ia mengimbau kembali asal usul jenama tersebut dalam sukan ski dan melambangkan semangat berani DESCENTE yang sentiasa setia pada integriti akar umbinya justeru menghasilkan daya tarikan kontemporari dengan kecantikan berfungsi yang disokong sains sukan yang canggih.

Semangat jenama DESCENTE dirangkumkan oleh mantra “Design That Moves” yang mencerminkan komitmen jenama tersebut dalam usaha mereka untuk mencipta pakaian sukan yang meningkatkan pergerakan dan prestasi. Mantra ini jelas terlihat dalam rekaan setiap produk DESCENTE dengan tujuan untuk memperkasakan pemakainya untuk mencapai yang terbaik.
Pendekatan inovatif jenama ini terbukti dalam teknologi produk termajunya yang disesuaikan untuk sukan utama seperti triatlon, golf dan ski.
Jenama ini memperbaharui dan menyepadukan teknologi, termasuk corak fabrik Motion 3D yang direka untuk mencerminkan pergerakan tertentu yang dilakukan oleh badan semasa ia bergerak, berpusing dan meregang, membolehkan pencapaian prestasi optimum.
Descente’s Infinite Movement menggabungkan corak Motion 3D, fabrik Regangan 4 hala, pelapis elastik Toray Dermizax, pelapik regangan dalaman dan banyak lagi untuk memudahkan pergerakan dengan meningkatkan keselesaan, mobiliti dan prestasi.

Sepanjang sejarahnya selama 89 tahun, DESCENTE telah menjadi peneraju dalam inovasi dan kolaborasi pakaian sukan. Terutamanya pada tahun 1980, ‘Golden Suit’ yang dipakai oleh Eric Heiden telah membolehkan beliau meraih lima Pingat Emas di Sukan Olimpik Lake Placid.
Pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 pula, DESCENTE dipilih untuk melengkapkan pakaian sukan pasukan elit seperti Pasukan Ski Alpine Kebangsaan Switzerland, Pasukan Bobsleigh dan Skeleton Kebangsaan Jerman, dan Pasukan Luncur Laju Kebangsaan Kanada.
Manakala pada 2023, DESCENTE telah berjaya mengembangkan pengaruhnya dengan kolaborasi dengan Pasukan Papan Salji Halfpipe Kebangsaan China dan Pasukan Ski Alpine Kebangsaan China. Baru-baru ini, duta global DESCENTE, Xander Schauffele, yang memakai pakaian golf lengkap jenama tersebut, telah memenangi Kejohanan PGA 2024 yang merupakan kemenangan kejuaraan beliau yang pertama dalam kerjaya profesionalnya.
Pembukaan Kedai DESCENTE yang Pertama di Asia Tenggara
Kedai DESCENTE yang baru dibuka di Kuala Lumpur menampilkan rangkaian komprehensif koleksi yang memenuhi keperluan atlet dan pemakai harian dengan kualiti yang luar biasa dan reka bentuk yang inovatif. Kunjungi kedai baharu ini untuk merasai kehebatan produk DESCENTE!
Untuk maklumat lanjut tentang DESCENTE, sila ikuti www.instagram.com/descente_sea atau www.facebook.com/descentesoutheastasia.