Derita Penyakit Pelik, Gadis Didakwa Menangis Keluarkan ‘Air Mata Darah’ Setiap Hari

Nur Syafiqah

Seorang gadis berusia 11 tahun telah dibawa ke sebuah klinik di India selepas ibunya mendakwa anak perempuannya mengeluarkan darah dari matanya. Ibu gadis ini mencari bantuan perubatan di New Delhi kerana risau keadaan anaknya yang mula menitiskan air mata darah sejak seminggu lalu.

Menurut ibu kanak-kanak tersebut, anak perempuannya tidak merasakan sakit ketika darah mengalir dari matanya. Air mata darah akan menitis selama beberapa minit dan ianya berlanjutan sekitar 2 hingga 3 kali dalam sehari.

Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati gadis itu menderita ‘haemolacria’ dimana terdapat darah dalam air mata dan ianya satu keadaan yang jarang berlaku.

Kes ini telah didokumentasikan dalam jurnal perubatan mingguan, The BMJ. Menurut jurnal tersebut, penyakit ini merupakan salah satu penyakit yang jarang dijumpai tetapi beberapa sejarah kes berjaya didokumentasikan sebelum ini.

Ibu kanak-kanak tersebut memberitahu petugas di klinik, kejadian ini membuatkan mereka sangat takut dan bimbang akan kesihatan anaknya.

“Saya bimbang tentang kesihatan anak perempuan saya. Darah yang keluar dari matanya sangat mengerikan.”

Pakar di klinik yang dikunjungi oleh anak-beranak ini tidak dapat mendiagnosis penyakit yang dihadapi oleh kanak-kanak itu dan pemerhatian mengambil masa beberapa hari sebelum memutuskan punca terjadi kejadian ini.

Secara umunya kejadian ini tidak menjejaskan kesihatan seseorang tetapi ia mungkin menjadi tumpuan dan akan menyebabkan ketidakselesaan kerana sifatnya yang lain dari pelik dan jarang dijumpai.

Sumber : Daily Star