Sepanjang musim pandemik COVID-19 ini, kita mungkin berasa selesa berada di rumah dengan keluarga tercinta.
Walaupun pergerakan agak terbatas dengan prosedur operasi standard (SOP), namun kita masih lagi dapat makan makanan yang sedap, tidur di bilik yang sejuk, menonton filem di rumah dan sebagainya.
Tapi tidak semua yang bernasib baik seperti kita. Ada juga beberapa insan di luar sana yang agak memerlukan bantuan ihsan.
Terkini, badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS) membuat hebahan awam berkenaan tabung kutipan sumbangan untuk seorang kanak-kanak yang menderita pelbagai penyakit kronik.
Ikuti pendedahan ini.
Gambar: KELSSTABUNG UNTUKMU SAYANG

-Adik Aiman
Sasaran: RM6,934
Bismillahirahmanirahim, kami dengan ini melancarkan Tabung Untukmu Sayang – Adik Aiman bagi membantu meringankan bebanan kos keperluan khas adik Muhammad Ziqry Aiman Bin Edey Sherrey yang berusia 6 tahun dari Kampung Repek, Pasir Mas , Kelantan.
Ibunya Leeyana Bt Hamu seorang surirumah manakala bapanya Edey Sherrey Ramli bekerja kampung. Edey bersama anak dan isterinya menumpang di rumah ibu bapanya.
Anak sulung daripada dua beradik ini menderita mengidap kompilasi beberapa jenis penyakit kronik termasuk masalah paru paru, ketiadaan lelangit, asthma, sawan, cerebral palsy, masalah penglihatan dan ekzema.
Hanya bergantung pada susu khas yang mahal yang disarankan oleh pihak perubatan iaitu Pediasure yang dimasukkan ke beg susu kemudian disalurkan pula menggunakan tiub yang dipasang di hidungnya melalui mesin khas.
Di kala cuaca panas , kulitnya yang disahkan mengalami ekzema itu akan menjadi kemerahan dan menggelupas.
Gambar: KELSSKos keperluan khas adik Aiman mencecah hampir RM1,000 sebulan termasuk beg susu, susu khas Pediasure, lampin dan kos pengangkutan untuk rawatan susulan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga turut menyalurkan bantuan bulanan sebanyak RM350 sebulan untuk adik Aiman.
Petang semalam kru kami di sana berkesempatan menyantuni adik Aiman di rumah neneknya di Kampung Repek, Pasir Mas.
Kutipan Tabung Untukmu Sayang – Adik Aiman setelah mencecah sasaran nanti, akan diserahkan dalam bentuk barangan berikut:-
Setengah tahun bekalan susu khas Pediasure 1.6 kilogram
RM165 x 3 tin sebulan x 6 bulan = RM2,970
Setengah tahun bekalan beg susu
RM450 x 1 kotak sebulan x 6 bulan = RM2,700
Setengah tahun bekalan lampin Cutie Dry (M)
RM22 x 2 pek sebulan x 6 bulan = RM264
Dan bantuan kewangan RM1,000Jumlah = RM6,934
Sumbangan ke Tabung Untukmu Sayang – Adik Aiman boleh disalurkan ke akaun rasmi kami seperti dipersetujui ibu bapanya:-
CIMB 8602 4983 68
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL
Pertanyaan melalui WhatsApp: www.wasap.my/60179404640/AIMAN
#SelamatMembantuAiman
#TogetherWeHelp

Sumber: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial – KELSS