SEREMBAN, 4 Nov – 54 ekor anjing termasuk anak-anak yang baru dilahirkan dilapor mati lemas akibat banjir besar yang melanda pusat perlindungan anjing jalanan Furrykids Safehaven di sini semalam.
Persatuan Haiwan Malaysia menerusi satu kenyataan mendakwa, tragedi tersebut merupakan sejarah terburuk kali pertama yang pernah berlaku di pusat perlindungan berkenaan.
“Apa yang dikhuatiri adalah jangkitan penyakit selepas ini dan banyak kerugian berlaku, termasuk kerosakan barangan keperluan serta stok makanan yang terjejas akibat terendam dalam banjir yang terburuk ini,” kata kenyataan tersebut hari ini.
Kredit gambar: Persatuan Haiwan MalaysiaDifahamkan, kira-kira 1,800 ekor anjing termasuk anak anjing dipercayai pernah ditempatkan di pusat perlindungan itu hasil daripada kerja-kerja menyelamat anjing jalanan di daerah tersebut.
“Mari bersama doakan supaya tiada lagi tubuh anjing mati lemas ditemui memandangkan beberapa ekor daripadanya dilaporkan hilang, dikhuatiri dihanyutkan banjir besar semalam,” tambah kenyataan itu lagi.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada Furrykids Safehaven atas nama Persatuan Penyelamat Haiwan Terbiar Furrykids Safehaven melalui nombor akaun 8009081090 (CIMB Bank Berhad).
Kredit gambar: Persatuan Haiwan Malaysia
Kredit gambar: Persatuan Haiwan Malaysia
Kredit gambar: Persatuan Haiwan Malaysia
Kredit gambar: Persatuan Haiwan MalaysiaSumber: Persatuan Haiwan Malaysia