Satu papan tanda yang melarang orang ramai membuang air besar di tempat awam di Market Harborough dan akan disaman sebanyak RM 14,179 jika didapati melakukan perkara tersebut.
Papan tanda yang menunjukkan gambar figura sedang membuang tersebut di pacakkan di lorong pejalan kaki di sebuah kawasan yang agak bersemak di Jalan Kettering di Little Bowden.
Notis tersebut diletakkan di situ selepas penduduk-penduduk di situ membuat aduan kepada Majlis Daerah Harborough terdapat orang yang menggunakan kawasan semak tersebut sebagai ‘tandas awam’.
“Baru-baru ini terdapat aduan yang mengatakan bahawa beberapa orang awam telah menggunakan kawasan awam tempat lalu-lalang di Jalan Kettering digunakan sebagai tandas.”
“Perkara ini sangat tidak boleh diterima dan kami telah meletakkan papan tanda sementara yang memberi amaran kepada orang ramai bahawa mereka akan didenda sebanyak RM 14,719 jika tertangkap,” kata Ketua Majlis Perkhidmatan Alam Sekitar Harborough, Kaunselor Jonathan Bateman.
Sumber: Harborough Mail