Walaupun hanya ditayangkan di beberapa buah negara dan belum pun memasuki pasaran antarabangsa yang lain, terutamanya Amerika Utara, filem animasi popular, Demon Slayer: Mugen Train dilapor berjaya menjadi filem Jepun dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah, mengatasi Spirited Away.
Menurut perkongsian-perkongsian viral di page komuniti anime, Demon Slayer: Mugen Train setakat ini dilaporkan sudah berjaya mengutip sebanyak USD 302.3 juta (RM 1.22 bilion).
Manakala filem Spirited Away yang menemui peminat pada 2001 memegang rekod berkenaan selama 19 tahun dengan kutipan sebanyak RM 1.20 bilion. Bagaimanapun, Spirited Away dilaporkan memerlukan masa yang lama untuk mencapai kutipan berkenaan selain tidak berdepan dengan sebarang pandemik kesihatan ketika ditayangkan.
Kutipan filem berkenaan dijangka akan bertambah dan jauh meninggalkan kutipan-kutipan diraih filem lain memandangkan Demon Slayer: Mugen Train hanya menunggu masa untuk memasuki pasaran-pasaran global, dipercayai selepas pandemik COVID-19 reda dan sekatan-sekatan dilonggarkan.
Demon Slayer: Mugen Train merupakan sekuel kepada siri anime tv, Demon Slayer Musim 1, yang mana memfokuskan pertarungan Tanjiro Kamado bersama-sama rakannya dalam Demon Slayer Corp dengan makhluk syaitan di atas sebuah kereta api.
Muncul sebagai filem paling besar dalam sejarah Jepun, para pemerhati dunia anime berpendapat ia menjadi pentanda yang baik untuk siri ini dan keterujaan bertambah buat peminatnya yang masih ternanti-nanti sambungan siri anime tv musim kedua.
Sumber: Comic Book, Box Office Mojo