gaza redah zon maut
Gambar: @eye.on.palestine/IG via @jawaposofficial/TikTok

Demi Sekarung Tepung, Pemuda Gaza Redah ‘Zon Maut’ Untuk Keluarga

Hannah

Demi Sekarung Tepung, Pemuda Gaza Redah ‘Zon Maut’ Untuk Keluarga

Seorang pemuda dari Gaza meraih perhatian ramai apabila aksinya pulang membawa sekarung tepung untuk keluarganya dirakam dan dikongsikan di media sosial.

Video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram @eye.on.palestine yang dikongsikan semula oleh akaun TikTok @jawaposofficial memperlihatkan detik menyentuh hati itu.

Pemuda berkenaan berjaya kembali ke rumah dengan selamat selepas melalui kawasan yang sangat berbahaya dan dikawal ketat oleh tentera Israel.

Menerusi gambar yang tular, pemuda itu kelihatan tersenyum lega selepas berjaya melepasi kawasan berisiko tinggi demi membawa pulang bantuan makanan.

Setibanya di rumah, dia terus baring keletihan sambil menunjukkan sekarung tepung yang dibawanya sendirian.

Tanpa sedar, perkongsian daripada @eye.on.palestine ini turut menjadi peringatan buat dunia tentang penderitaan rakyat Gaza.

Dalam usaha mendapatkan keperluan asas seperti makanan, mereka terpaksa mempertaruhkan nyawa dan menempuh zon maut.

Tekanan yang mereka hadapi pula sukar dibayangkan oleh kita yang hidup dalam keadaan aman.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara-saudara kita di Gaza.

Semoga mereka terus diberikan kekuatan, perlindungan dan jalan keluar daripada ujian yang amat berat ini.

BACA: Banjir: Bapa Terjun Selamatkan Anak Jatuh Dalam Lubang Besar

BACA: Pesawat Terhempas Di Sekolah: Guru Wanita Terkorban Selamatkan Murid

BACA: Jururawat Siap Pegang Tangga, Pesakit Baik Hati Tolong Baiki Kipas Di Hospital

Sumber: @jawaposofficial/TikTok