INDIA- Seorang kanak-kanak bernama Kangujam (9 tahun) atau lebih dikenali sebagai “Greta Of India” ini menulis di akaun twitternya.
“10 Mesin Oksigen 5Liter akan sampai di India dalam beberapa hari yang berharga 50,000 setiap satu termasuk penghantaran. 100 tong telah dipesan,” tulisnya.
Dia menambah bahawa dia berusaha sedaya upaya untuk membantu negara dengan mengeluarkan wang simpanannya sendiri serta dana dari anugerah yang diterimanya tahun lalu.
“Mari kita terus berharap untuk yang terbaik,” tambahnya.
Seterusnya, aktivitis kecil itu mengakui 100 Mesin Oksigen itu tidak mencukupi. Dia memohon agar yang lain juga turut membantunya membeli lebih banyak dan menyelamatkan orang-orang India yang memerlukannya.
Selain itu, Kangujam juga memohon pertolongan dari Kementerian Luar Negara, Taiwan.
Sumber: Indian Times