MANILA – Gunung Berapi Taal di selatan Manila yang menunjukkan aktiviti aktif telah menghemburkan asap dan wap panas sehingga kelihatan ke udara.
Berdasarkan laporan BNO News, asap berkepul ke udara itu kelihatan sekitar jam 8.30 pagi pada hari ini.
Memetik daripada laporan Bernama, Institut Volkano dan Seismologi Filipina telah meningkatkan amaran tahap tiga daripada lima selepas kepulan asap setinggi 1,500 meter kelihatan selain turut disertai kejadian gempa bumi pada 7.22 pagi waktu tempatan.
Penduduk sekitar gunung tersebut yang berdepan dengan risiko tinggi bencana telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
Gunung berapi Taal, antara gunung berapi paling aktif di Filipina, kali terakhir meletus pada Januari 2020, mengakibatkan hampir 380,000 rakyatnya hilang tempat tinggal serta memusnahkan ladang, rumah dan jalan raya di wilayah itu.
Sumber: BNO news